Hari ini zoom terbaca komen Nora Danish di Akhbar online, Walaupun Nora Danish sudah memaafkan Fasha tetapi dia perlukan masa untuk melupakan apa yang Fasha lakukan kepada keluarganya.Betul juga apa yang Nora bagi kat "Press" ni, kalau andalah sebagai seorang isteri tentu tidak akan dapat melupakan tapi bagi artis yang berhati kental ini. " Life" Mesti diteruskan apatah lagi Nora Sudah mempunyai Cahaya Mata.!! Dan berita terbaru Nora Dan Fasha akan berlakon dalam drama "Spa Qistina", macam mana la NOra nak hadapi semua ni..!! Apa-apa pun, kat bawah ni zoom sertakan komen Nora mengenai Isu ini !!!
Baca Selanjutnya
“Kami belum lagi berlakon bersama dalam drama ‘Spa Qistina’. Kalau ada nanti, saya akan hadapinya dengan tabah.
“Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini.
“Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.”
Pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini turut mengaku yang dia menerima tawaran untuk berlakon ‘Spa Qistina’ kerana produsernya, Datin Zaiton Mohd Jiwa dari Global Station Sdn Bhd.
“Saya memang dah lama mengidam untuk berlakon di bawah terbitan Kak Zaiton lagipun saya juga menggemari jalan cerita ‘Spa Q’,” ujarnya yang juga baru pertama kali bekerja di bawah pihak Astro yang akan menyiarkan drama itu pada awal tahun depan.
Selain ‘Spa Qistina’, Nora juga bakal berlakon dalam sebuah filem terbitan Metrowealth (MIG).
“Saya bersyukur dengan rezeki lakonan yang mencurah-curah ini. Alhamdulillah, saya juga lebih bahagia dengan kehidupan baru sekarang.
“Saya lebih fokus dalam lakonan dan tidak perlu memikirkan lagi masalah kontroversi lalu,” luah pelakon drama bersiri ‘Puteri’ ini.
Dengan status ibu tunggal yang dipegang sekarang, pelakon kecil molek dan jelita ini tidak pernah menyesali akan apa yang berlaku dalam hidupnya sebaliknya menganggapnya sebagai suatu hikmah.
“Banyak perkara yang baik yang berlaku dalam hidup saya. Walaupun kami sudah bercerai, hubungan antara keluarga saya dan keluarga Rizal masih akrab.
“Nampak sahaja saya ini tidak bersuami tetapi ikutkan kehidupan saya lebih bermakna dengan kehadiran anak saya, Rayqal. Dia memang anugerah yang paling terindah buat saya,” ujarnya yang turut akui masih berhubung dengan Rizal kerana Rayqal
Apa Komen anda !!?