November 12, 2009

(Cerita Artis) Konsert solo Sharifah Aini di Singapura cipta sejarah !!!


Satu sejarah yang cukup membanggakan buat Datuk Sharifah Aini di Stadium Tertutup Singapura di Kallang semalam dalam konsert solo.

Konsert amal anjuran Jamiyah Global Pte Ltd selama hampir 3 jam itu juga suatu pencapaian terhebat buat Sharifah atau Kak Pah sendiri kerana inilah kali pertama beliau berjaya mengadakan persembahan secara solo di luar negara yakni di sebuah stadium yang begitu gah dengan persembahan artis antarabangsa.



Baca Selanjutnya

Apa yang mengejutkan, semua tiket telah habis dijual sejak beberapa hari lalu dan sehingga malam tadi pun, masih ada ramai peminat yang hampa di luar stadium kerana gagal mendapat tiket. Barisan wartawan dari Malaysia bagaikan tidak percaya melihat penangan seorang penghibur Melayu yang berusia lebih 50 tahun mampu mengajak ribuan peminat untuk menonton konsertnya.

Kak Pah yang diiringi oleh 7 pemuzik profesional dan 6 penyanyi latar menyampaikan hampir 30 buah lagu termasuk secara medley yang kesemuanya bagaikan menceritakan perjalananannya dalam bidang seni. Peminat Kak Pah di Singapura nyata bertuah kerana beliau telah menyanyikan beberapa lagu popularnya yang jarang-jarang dialunkan selama ini.

Zoom KOmen: Tahniah Kak Pah..APa KOmen ANda !!!?