Oktober 20, 2009

(Cerita Artis) Tony Eusoff Selalu Dapat Watak Beragama Islam !!!


Zoom terbaca dalam sebuah akhbar online hari ni, selama ni zoom fikirkan jejaka tampan dan macho yang selalu menjadi watak utama dalam drama ini beragama islam.Nama sebenar Tony ialah Anothony Joseph Gonzales masih bujang, tapi terpaksa membawa watak bapa atau orang yang sudah berkahwin dan berumur 32 tahun.Dibawah ni zoom sertakan temu ramah Tony sengan "Press" sila baca untuk mengetahui serba sedikit mengenai Artis Dari sarawak ni..





Baca Selanjutnya

"Saya tidak ada pilihan. Mungkin muka saya macam orang dah kahwin...Lagipun itu saja tawaran yang saya dapat. Jarang orang hendak bagi watak orang bujang. Tapi saya tak kisah. Apa saja tawaran yang datang, saya ambil," jelas aktor kacak yang berasal dari Kg Siburan, Kuching, Sarawak, ini.

Wajah tampan Tony, yang sering menjadi buruan pengiklan dan produser filem dan drama, kini sudah lama tidak kelihatan di siaran TV3.

"Sudah 2 tahun muka saya tak kelihatan dalam drama TV3. Saya pun hairan bila ramai produser yang ingin ambil saya untuk slot Samarinda, misalnya, memberitahu yang mereka 'pitched' (sebut) nama saya tapi pihak TV3 menolak.

"Mungkin saya bukan wajah TV3. Dan bukan juga dalam golongan artis favourite mereka. Saya bukannya ada skandal atau gosip. Rasanya saya lah pelakon yang paling kurang digosipkan. Kalau ada kes khalwat ke, berbaloi juga kalau 'diban'," jelas Tony separuh ketawa.

Tony yang baru selesai pengambaran drama 'Racun Cinta' bersama Wan Norazlin dan Marisa Yasmin berharap yang karier seninya akan terus berkembang walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

"Saya sememangnya minat sangat bidang lakonan ini. Dan saya juga suka menyanyi tetapi memandangkan album pun tak berapa laku, saya lupakan hasrat untuk buat single," jelas model, aktor dan penyanyi yang mempunyai ijazah dalam bidang Sains Pembinaan di Univeristi Malaya ini.

Walau banyak mendapat tawaran berlakon, Tony kini terpaksa mengambil cuti khas beberapa hari untuk urusan pindah rumah. Tony, yang menetap di Segambut, akan berpindah ke sebuah kondominium mewah di bandar Manjalara.

"Saya baru hendak beli rumah....macam mana lah kahwin," kata Tony sebelum sempat ditanya soal perkahwinan.

Sebenarnya, kata Tony, dia membeli rumah untuk senang membawa ibunya dari Kuching datang bercuti.

"Mak saya tak betah duduk sini lama-lama sebab dia suka berkebun tanam padi dan jagung. Tapi bila dia datang dari Kuching, dia akan tinggal dengan saya. Dalam setahun, adalah 3 atau 4 kali mak datang," kata anak manja ini.

Menurut Tony, maknya Kristina Anak Jihap, senang menguruskan kebunnya seorang diri dan masih sihat meskipun sudah berusia 62 tahun.

"Adalah dalam 2 ekar kebun mak saya tu. Dia masih suka naik motosikal dan uruskan kebunnya. Nak kata senang tidak lah tapi lepaslah makan anak beranak...," kata anak sulung dari dua beradik ini.

Dalam bidang teater pula, Tony antara pelakon yang selalu mendapat pilihan pertama dari pengarah dan penerbit. Antara teater lakonannya ialah Bangsawan Naga Cini, Teater Muzikal Broken Bridges, The Girl From Ipoh dan Mana Setangginya.

"Semua watak yang diberikan pada saya setakat ini bukan lah permintaan saya. Kalau boleh saya suka watak yang mencabar. Kalau dapat watak nelayan atau petani, itu yang paling saya suka," kata artis yang kini di bawah pengurusan Aquila Emas Sdn Bhd bersama-sama Zizan Nin, Airis Yasmin dan Lana Nodin.

Info: Mstar

Zoom Komen: Tony ni low profile sikit, walaupun keluarga dari kalangan bukan berada beliau tak malu "Share" dengan public.Semoga beliau berjaya dalam bidang yang diceburi. Apa Komen Anda ?