“SAYA rasa nak tamatkan zaman bujang dalam setahun lebih lagi,” kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang digembar-gemburkan akan berkahwin dengan seorang pengarah berusia 34 tahun yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.
Meminta penjelasan daripada pelakon yang wajahnya semakin banyak menghiasi kaca TV menerusi drama dan telefilem lakonannya, Elly enggan memberikan komen berhubung hal itu.
Katanya dengan penuh lemah-lembut, “bukannya saya tak nak beri kerjasama tetapi sebab ia berkait dengan peribadi saya.
“Kalau dah ada pengesahan, baru saya akan umumkan sebab saya takut kalau dah pukul canang nanti, kalau tak jadi siapa yang malu.
“Saya tahu ramai yang nak tahu sebab sudah ramai kawan-kawan sebaya dengan saya yang sudah berkahwin.”
Jelas pelakon drama yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini, sebagai seorang artis dia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku kepadanya termasuk gosip.
Baca Selanjutnya
“Sebelum ini saya tak pernah kisah dengan setiap gosip yang dikeluarkan sebab saya anggap ia sebagai usikan para wartawan.
“Ada yang kata saya bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan saya sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sebelah utara,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, Elly tidak menafikan yang dia sedang mencari masa yang sesuai untuk membuat persiapan perkahwinan.
“Tipu kalau saya tak terfikir untuk berkahwin tetapi sekarang saya nak cari duit dulu kerana apabila sudah bersuami nanti saya tidak mahu terlalu sibuk seperti sekarang.
“Sementara saya masih belum mempunyai komitmen lain, saya akan ambil apa-apa peluang kerja yang ada,” katanya yang mengakui rezeki lakonannya tidak putus-putus sejak membintangi drama ‘Bella’.
Info : Mstar
Zoom Komen: Kahwin juga Elly ni, semakin lama semakin menonjol lakonan elly. Sekarang ini "Sumpah Bunian" menjadi bualan masyarakat yang suka menonton drama tersebut. Watak yang dibawa Elly sebagai isteri kedua memang menjadi, malah sikap beliau didalam drama tersebut boleh membuatkan sesetengah pihak membenci Elly.Namun itu la hakikat kejayaan seseorang pelakon yang berjaya.Apa KOmen anda...?