"Seorang selebriti yang popular telah merogol saya dan Peter tahu mengenai itu," kata Katie dalam satu lagi pendedahan terbaru. foto-AFP
KATIE Price membuat pendedahan terbaru mengatakan dia pernah dirogol oleh seorang selebriti terkenal dan bekas suaminya Peter Andre tahu siapa yang dimaksudkannya.
Menurut sebuah laman web, Katie sebelum ini beberapa kali mengatakan dia pernah menjadi mangsa seksual tetapi enggan mahu mendedahkan butiran mengenai kejadian itu.
"Seorang selebriti yang popular telah merogol saya dan Peter tahu mengenai itu. Ia terjadi beberapa tahun dahulu, ketika itu saya belum lagi mempunyai hubungan dengan Pete, tetapi kawan-kawan dan keluarga saya tahu mengenai kejadian iut," katanya kepada sebuah majalah.
Mengulas mengenai pendedahan itu, Andre, 36, mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut sebaliknya menuduh Katie sebagai seorang yang penipu dan berniat jahat.
"Dia (Katie) bercakap mengenai perkara karut, dulu dia katakan pernah dirogol, tiba-tiba dia menghangatkan lagi dakwaan tersebut dengan mengatakan seorang selebriti yang melakukannya.
"Ini bukan perkara main-main, kenapa tidak laporkan sahaja kepada polis," Kata Peter.
Katie terperanjat dengan penjelasan bekas suaminya itu.
"Saya tidak faham kenapa dia nafikan tidak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Pete bukan lagi seperti yang saya kenali dulu.
"Dialah sebenarnya yang berniat jahat kerana tidak mahu mengaku bahawa dia tahu siapa sebenarnya yang melakukan perbuatan itu," kata Katie Price