September 11, 2009

(Gossip) Julfekar perit nak maafkan Farawahida !!

Saat bahagia Julfekar (duduk dua dari kanan) dan Farawahida (berdiri dua dari kanan) ketika memenangi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu 'Persoalan Cinta' dalam Anugerah Juara Lagu ke-23.


PADA bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, pemilik MillenniumArt Sdn. Bhd., Julfekar pernah terfikir untuk berhati lembut sekali gus memaafkan bekas artisnya Farawahida Razali.
"Bagaimanapun hati saya terlalu sakit, terlalu perit untuk saya maafkannya. Saya selalu berdoa dari Februari 2009 hingga kini agar dia disedarkan. Agar Allah membuka pintu hatinya. Mungkin dia terlalu keras hati, ego... saya tak pasti puncanya," kata Julfekar ketika dihubungi baru-baru ini.
Farawahida difahamkan melanggar kontrak dan meletak jawatan serta-merta sebagai artis MillenniumArt pada 9 Februari 2009.
Pada 27 Ogos lalu, Julfekar memfailkan saman tuntutan ganti rugi terhadap Farawahida.
Sebelum itu, ketegangan antara mereka dilihat semakin besar apabila Fara membuat pendedahan satu demi satu tentang 'kesengsaraan' yang dialaminya selama berada di bawah jagaan Julfekar.
Antaranya, Fara akui pernah dimaki dan dikasari Julfekar dan dia mempunyai alasan sendiri untuk keluar dari berada di bawah naungan syarikat itu. Isu Fara dan Julfekar tidak terhenti di situ apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas.
Julfekar antara lain mengaku dia dan Fara menjalinkan hubungan cinta dan penyanyi itu sendiri pernah mendesaknya untuk berkahwin. Namun, Fara pula menepis kenyataan komposer itu dan menegaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar profesional.
Pergolakan antara mereka sampai ke kemuncaknya apabila Fara membuat empat laporan polis mendakwa Julfekar mengugutnya dan turut membuat ugutan bunuh.

Zoom Komen: Fikir dah habis dah cerita nie,nampaknya makin berpanjangan la cerita ni.Tak lama lagi ada la maklum balas dari sipihak pengadu.!!