September 30, 2009

(Gossip) Ifa tuntut ganti rugi RM50,000 !!!!







 Peguam Ifa Memfailkan Saman di Mahkamah !!

KUALA LUMPUR:Perbicaraan kes saman fitnah penyanyi Ifa Raziah diteruskan di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta semalam.

Ifa yang terkenal dengan lagu 'Ser... Ser... Ser....' mengemukakan tuntutan ganti rugi sejumlah RM50,000 terhadap syarikat pengeluar produk 'Power Nest', Sain Group Corporation Sdn. Bhd (defendan).

Kes ini pernah disebut buat pertama kalinya pada 11 September, 2008.

Dalam prosiding mahkamah petang tadi, Ifa telah diwakili peguamnya Shamsul Anuar Kamarudin. Ifa, bagaimanapun tidak hadir.

Tuntutan ganti rugi itu dibuat selepas akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana terbitan defendan bertarikh 29 Jun 2008, menerbitkan artikel yang bertajuk "Ifa Raziah bebas alahan" - ajak rakan artis minum Power Nest.

Zoom KOmen: Saman jer kak kalau dah betul, zoom pun tak tau mana betul na tak nyer...kalau dah betul tue memang dah menggangu privacy akak !! apa komen u alls !?