September 27, 2009

(Gossip) Farid Belum Jadi Bakal Menantu - Mak Diana !!!



Mengikut satu petikan dari satu sumber Internet mengenai kisah cinta membabitkan aktres remaja, Diana Danielle dengan aktor popular, Farid Kamil yang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Mereka dikatakan berkawan rapat sejak Diana putus cinta dengan anak pengarah filem jutawan, Datuk Yusof Haslam, Syamsul.

Kini perkenalan sebagai teman tapi mesra itu khabarnya sudah bertukar kepada bibit-bibit percintaan. Diana pernah mengaku dia memang berkawan baik dengan Farid. Mereka sudah lama kenal satu sama lain sejak sama-sama berlakon dalam Evolusi KL Drift, namun selepas dia putus cinta dengan Syamsul, barulah mereka mula berhubungan.

"Terus-terang Diana beritahu abang, selepas Diana tamat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), barulah kami bersedia berkawan lebih rapat. Rasanya istilah bercinta tu tak sesuai digunakan lagi, hubungan kami masih terlalu mentah. Kami lebih selesa sebagai kawan baik saja, Diana dah serik nak bercinta macam dulu-dulu, serius!," kata Diana berterus-terang yang kini sibuk sebagai pelajar di Universiti Nottingham cawangan Malaysia di Semenyih dalam jurusan biosains.

Namun, sampai ke hari ini, Farid tidak pernah mengisahkan tentang status hubungannya bersama Diana. Farid terus mengunci mulut, mungkin tidak mahu hubungan cintanya dengan Diana mendapat liputan luas media massa seperti mana dulu dia berkasih dengan Irma Hasmie (kini bercinta dengan Nabil Raja Lawak) yang akhirnya kecundang di pertengahan jalan.

Mengikut sumber tersebut, pemberita yang mengikut laporan ini sempat menghubungi ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli, individu yang bertanggung jawab mengurus karier Diana selama ini sehingga anaknya itu kini berada pada kedudukan selesa dalam industri hiburan tanah air, sekali gus bertanyakan perkembangan terbaru hubungan Diana bersama Farid. Serius sangat ke hubungan mereka?

“Dalam perhubungan antara Diana dan Farid, mama (Norsiah) tidak pernah menghalang mahupun menggalakkannya. Mereka nak berkawan, apa salahnya. Namun, mama sentiasa berpesan pada Diana, ingat kisah silam sejarah cintanya, dia perlu lebih berhati-hati. Dalam usia Diana yang masih mentah, dia seharusnya memberi fokus kepada pelajaran dan karier lakonannya, bukan soal hati serta perasaan.

“Terus-terang, ketika ini mama belum sedia terima sesiapa pun sebagai menantu! Anak mama tu masih muda. Setakat dia nak berkawan dengan sesiapa pun, ada kawan baik ke atau tidak, mama tak pernah menghalang, namun segala-galanya harus ada batasan. Dalam sebulan, sekali dua Diana nak keluar dengan Farid, mama tak ada masalah. Lagipun dia sibuk belajar, berlakon, mana ada masa nak bercinta!

Bagi mama, kalau sekadar Diana berkawan rapat dengan sesiapapun, belum tentu lelaki berkenaan boleh jadi menantu mama! Perjalanan hidup Diana masih terlalu jauh, banyak lagi dia perlu belajar. Namun, mama tak pernah mengongkong kehidupannya, tapi segala kebebasan yang mama beri pada Diana, mama harap dia tak salah guna,” kata Norsiah berterus-terang, melerai status hubungan mesra Diana bersama Farid.

Zoom Komen: Si Farid Nie Nak bercinta dengan siapa Pun susah nak teka,kejap Lisa kejap diana D..!! apa-apalah farid asal ko bahagia !! Kepada Mak DIana berhati-hatilah bila berdepan dengan Media, nak cakap jangan lepas jer biasa la sekarang ni masuk telinga 80 % jer nanti keluar kat media sure 110 %..Zoom pun dulu dan kena cakap dalam telefon kejap jer last2 kuar paper sampai 10 baru habis baca..!!