Jun 15, 2009

(celebrities News ) Lisdawati Tahan Air Mata


Pendek kata semua masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan cara tolak ansur dan berhemah.
Begitu juga yang dilalui pasangan selebriti, Lisdawati Nazarudin, 30, dan Fauzi Nawawi, 36.
Sejak kebelakangan ini, isu kontroversi membabitkan rumah tangga mereka sering digembar-gemburkan walaupun pasangan ini teguh mempertahankan hubungan mereka.

Hakikatnya hanya Lisdawati yang memahaminya.

Ketika ditanya mengenai hubungan mereka, air mata yang bergenang tidak dapat mengaburi betapa cabaran dan kesabaran yang ditempuhi sebagai isteri pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga hampir dua tahun pada September ini.

Sejak kahwin kami tidak mempunyai masalah besar kecuali membabitkan soal kerja. Sebelum kahwin lagi, kami sudah menetapkan syarat supaya tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi. Disebabkan itu jika ada orang yang mahu berurusan dengan Fauzi perlulah melaluinya sendiri bukan menerusi saya walaupun kami suami isteri.

Ini supaya tidak timbul salah faham atau masalah berbangkit. Malah, kami selesa dan bersetuju dengan cara ini.

Dia seorang suami yang lembut, penuh lawak jenaka. Bukan seperti perwatakan dalam lakonannya yang nampak garang.
Sebagai suami isteri memang pernah timbul beberapa salah faham. Ada perbalahan begitupun ia tidak berlarutan kadangkala ia reda selepas beberapa jam.

Ini La Pasangan Bahagia, Walaupun ada masalah biar la berkongsi bersama.Susah senang Di Lalui bersama.Tanpa Kerjasama Usaha Tak akan dicapai..

We wish Lisda and Fauzi Happy Forever n ever...

Ikhlas dari zoom Admin