Mei 21, 2009

(Gossip) Cinta Si Gadis Melayu

Khairul Noormaidah Zali atau Aida merupakan juara Gadis Melayu pada musim yang lalu dan khabar angin mengatakan bahawa Ikon Gadis Melayu ini sedang asyik dibuai cinta dengan seorang personaliti TV.

Personaliti TV yang dimaksud’kan adalah Saiful Nizam yang merupakan salah seorang pembaca berita Buletin Utama TV3. Bermula’nya bibit cinta antara mereka apabila Saiful menegur Aida membaca sepotong hadis salah ketika Aida mengacarakan program Wanita Hari Ini. Dan dari situ’lah terjalin’nya hubungan cinta mereka.

Menurut mereka yang pernah bertemu dengan Saiful, dia baik orangnya dan tak menyombong seperti sesetengah personaliti. Dia juga seorang yang low profile dan mudah mesra. Jadi amat sepadan serta secocok’lah si Saiful ini dengan Aida yang merupakan si cantik manis bertudung, lemah gemalai, bijak menyusun kata dan lengkap pula sebagai ikon gadis Melayu.

Apa-apa’pun, jika benar tentang hubungan mereka ini, Zoom Artis mengucapkan semoga berbahagia dan cepat bertemu jodoh. Bukan apa, takut lambat nanti di’ambil orang lain pula. Haru jadi’nya.

P/s.. Terasa nak ‘rembat’ je si Aida neh kalau si Saiful

Info : Ohartis