SETELAH dikritik oleh peminat dan media tentang perubahan tubuh badannya yang semakin gemuk, akhirnya Jessica Simpson berjaya berbuat sesuatu. Bintang pop yang menyepi seketika dijangka membuat penampilan pertama dengan menjadi muka depan majalah Vanity Fair keluaran Jun ini.
Dalam majalah itu, penyanyi itu akan menceritakan tentang keadaan mentalnya selepas dikritik, cerita mengenai kehidupannya termasuk perihal teman lelakinya yang merupakan penyerang Dallas Cowboys, Tony Romo.
"Dia sangat istimewa sekali. Kami mempunyai persamaan. Suka kepada suasana kampung dan kehidupan yang kami jalani sekarang," kongsi Romo.
Gambaran mengenai suasana kampung yang diperkatakan, hanya Jessica yang mengetahui