Penyampai radio Hot FM, Kartini Kamarul Ariffin atau Tini, 30, akan mula mengedarkan kad kahwinnya kerana bulan ini dia akan mula bergelar isteri kepada Nur Sulhi Jasmin atau Sol, 28, bertugas sebumbung di stesen radio yang sama sebagai Pengurus Acara. Sepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan, mereka akan bernikah pada sebelah pagi 22 Februari ini dan sebelah tengah harinya pula diikuti dengan majlis resepsi sebelah pengantin wanita di Dewan Perdana Felda.