April 25, 2009

ALBUM BARU MAY


Selepas lebih lima tahun tanpa album studio terbaru, kumpulan rock legenda, MAY yang dianggotai Mus (penyanyi), Abu (gitar), Yus (bes) dan Man (dram) kembali dengan album studio terbaru mereka berjudul Rock Klasik terbitan Nova Music.

Album terbaru MAY adalah sebuah projek istimewa sempena pembabitan 23 tahun mereka dalam arena muzik rock tanahair. Kali terakhir kumpulan MAY muncul dengan album studio pada tahun 2003 melalui album Sinar.

Album Rock Klasik mula berada di pasaran pada 30 Mei 2008 lalu. Album ini ibarat kembara semula kumpulan MAY ke era kegemilangan muzik rock tahun 1980-an dan awal 1990-an. Mereka berani redah pasaran yang lembap kerana yakin lagu-lagu yang dipasarkan masih berbisa