KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Penyanyi, Anis Aneesa selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka yang berasal dari Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Jumaat lalu.
Meskipun baru berkenalan sejak enam bulan lalu dengan tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan di Malaysia, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata sikap Ali yang bersifat pelindung telah membuat dia tidak teragak-agak untuk menerima lamarannya.
"Kami mula berkanalan dan saling kenal mengenali sejak pertama kali berjumpa di majlis ulang tahun rakan kami.
