Dan berikut jawapan Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham mengenai gossip panas yang melanda ketika filem 3gp semakin hampir dipawagam. Dan ia sudah pasti menjadi tanda tanya kepada penonton diluar sana apakah adegan panas dan lucah yang digempar gempurkan dilaman blog dan media cetak baru-baru ini. Jika anda ingin menontonnya, tunguuuuu..ZoOM pun nak menyaksikan apakah yang istimewanya dalam filem ini.
Mengenai filem terbaru, Klip 3GP, yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini, bukan Mimi sahaja yang membintangi filem tersebut.
Malah, Jojo dan Zydee turut memainkan peranan dalam kisah tentang video lucah yang disebarkan menerusi Internet.
“Ini merupakan filem pertama kami dan ia adalah satu pengalaman besar buat kami yang tidak tahu apa-apa tentang dunia perfileman dan lakonan.
