Selepas Maxis mengumumkan pelan Home mereka yang menawarkan internet dengan kelajuan sehingga 30Mbps, kini Umobile dilihat mengumumkan kepada orang ramai pakej internet yang menawarkan kelajuan sehingga 42Mbps!
Menariknya pakej ini ditawarkan dengan harga hanya RM48 sahaja dengan kuota sebanyak 5GB. Pakej ini dilihat sebagai paling murah yang ditawarkan dan Umobile turut memberi jaminan pulangan wang selama 7 hari. Walaubagaimanapun, kelajuan yang dicapai adalah berdasarkan lokasi dan coverage.
