Memaparkan catatan dengan label Tengku Fakhry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tengku Fakhry. Papar semua catatan

Februari 20, 2010

(Gossip) Gambar bercium Manohara dengan lelaki bukan suami tersebar !!!


 Manoooo ohhhh Manoooo ku fikirkan hujan sudah reda, tapi ribut yang engkau bawa sehingga menjadi gossip panas di internet.Siapakah Jantan yang engkau cium itu, setahu Zoom Manohara ini belum kahwin lagi...Waduhhh2 Ibukkk mana bisa Cium-Ciuman...!!

Inilah wanita yang ingin memalukan Tengku, alahai satu persatu kisah dan gambar memalukan Zoom baca.Dan semakin meluat je membaca kisah beliau.

Baca je la komen Manohara ini mengenai gambar cium mencium ni...!!


"Memang Manohara biasa berkelakuan begitu. Terutamanya kepada orang-orang yang rapat dengannya," ujar pengurusnya, Glenn seperti dipetik Detikhot.com.
Pengurusnya turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.
Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas isteri Sultan Kelantan itu.
"Tidak, itu bukan kekasih Manohara," jelas Glenn.
Zoom: Lebih mempercayai kata-kata tengku daripada artis bidang terjun dari seberang ini...Apa kata anda di Luar sana !!!?

Oktober 06, 2009

(Gossip) Manohara Diberi Masa Seminggu Fail Pembelaan !!!


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini memberi tempoh tujuh hari berkuat kuasa semalam kepada Manohara Odelio Pinot, isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra untuk memfailkan hujah pembelaan bertulis.

Arahan itu dibuat ekoran kegagalan defendan berbuat demikian walaupun perintah mahkamah telah dikeluarkan sejak 2 Ogos lalu terhadap tuntutan dua saman oleh plaintif melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari.

Dua saman tersebut ialah Manohara dituntut supaya kembali taat kepada suaminya manakala saman kedua berkaitan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250.

Hutang itu termasuk pemberian jam jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000 dan selebihnya adalah kiriman wang sebanyak enam kali bagi kegunaan defendan dan ibunya.....



Baca Selanjutnya

Ketika prosiding, peguam Manohara, Mohamad Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie berhujah bahawa kegagalan pihaknya berbuat demikian kerana berlaku beberapa kekeliruan terhadap kedua-dua tuntutan yang dibuat oleh plaintif.

Alasan tersebut mencetuskan perang mulut seketika antara peguam plaintif dan peguam defendan.

Info : Metro

Zoom Komen: Padan Muka ko Mano,dah dapat banyak dari tengku buat Fitnah la pulak,sekarang ni si manohara ni tengah top jadi artis di Indonesia.Sebelum nie zoom ada "Post" mengenai manohara menaiki Jet pribadi.. Kalau masuk web dan laman gossip indonesia rata-rata mengata si Manohara ni..!! apa KOmen u alls ?