Memaparkan catatan dengan label Telekom Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telekom Malaysia. Papar semua catatan

Februari 14, 2011

Pemasangan Pakej Unifi Percuma Telekom Sehingga 31 Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kos pemasangan UniFi secara PERCUMA akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011!
Melalui promosi ini, semua pelanggan baru UniFi akan menikmati penjimatan caj pemasangan yang berjumlah sebanyak RM200. Promosi ini merangkumi semua pakej Unifi VIP dan juga BIZ.


Mereka yang berminat boleh mendaftar di mana–mana cawangan TMpoint di kawasan yang mempunyai perkhidmatan UniFi, ejen Jualan TM yang dilantik dan juga melalui portal “online” di pautan https://occ.unifi.my/

Julai 29, 2010

TM Dan Manchester United Di One Utama

Sempena dengan musim Liga Perdana Inggeris 2010/2011 yang akan datang, TELEKOM akan menganjurkan ‘TM-Manchester United Showcase’ bagi meraikan kerjasama eksklusif dengan kelab bola sepak yang termasyhur di dunia, Manchester United. Hadir beramai-ramai pada tarikh, masa dan tempat berikut:



Tarikh : 28 Julai hingga 1 Ogos 2010


Masa : 10 pagi hingga 10 malam


Tempat : Tingkat bawah, New Wing, Kompleks Membeli-belah One Utama



Pelbagai aktiviti akan dijalankan di sepanjang acara selama lima hari ini. Antaranya seperti :


· Pameran 100 tahun Manchester United Museum dan Old Trafford


· Manchester United Opus – salah satu daripada 10,000 salinan di dunia


· Permainan Playstation 3, foosball, demonstrasi menimbang bola, kuiz


· Penampilan istimewa Bryan Robson pada 31 Julai 2010


· Kaunter jualan TM mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan TM


· Demonstrasi produk-produk TM


· Kaunter pendaftaran ‘Everyone Connects TM’ di mana ahli-ahli baru akan berpeluang membawa pulang cenderamata menarik TM


Selain itu, cabaran rembatan “TM Fanatic Kick Challenge” juga kembali! Juara kali ini akan ditentukan melalui jaringan terbanyak di dalam tempoh masa 2 minit dari jarak 30 ela. Juara akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000. Untuk menyertai pertandingan ini, orang ramai hanya perlu melanggan pakej TM Blockbuster Deals (1Mbps atau lebih tinggi) / pakej Unifi atau membeli kad panggilan prabayar iTalk bernilai RM30. Cabaran ini terbuka untuk pelanggan-pelanggan baru TM kecuali pemain bola sepak profesional dan semi profesional.


Jadi apa lagi yang anda nantikan? Sertai kami di sana untuk pengalaman yang menyeronokkan!

Info : TM Website !!

Zoom: Apa tunggu lagi jum la pergi...MU Fans...Lets go !!

Julai 06, 2010

Jadual Pilih Kasih Dan Di taja Telekom Malaysia !!

Wah....TM...., sana sini TM menaja program dan yang terbaru Pilih Kasih yang dipopularkan oleh abang Rosyam Nor kita.


Berikut jadual Ujibakat Program Pilih Kasih :-

Sesi bermula 10 dan 11 Julai di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Mereka juga ke Pulau Pinang (17 & 18 Julai), Kota Kinabalu, Sabah (24 & 25 Julai), Johor Bahru, Johor (25 & 26 September), Kota Bharu, Kelantan (2 & 3 September) dan Kuala Lumpur (9 &10 September). Pilih Kasih akan bersiaran di TV2 selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.