Memaparkan catatan dengan label Pendakwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendakwa. Papar semua catatan

November 01, 2009

(Gambar) Persandingan Akhil Dan Waheeda !!!!



Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.

“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.

Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”

Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.



Baca Selanjutnya




“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni.


“Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata.
“Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini.

Zoom KOmen: ini lah bait-bait kata dari seorang suami yang sedang bahagia bersama isteri tercinta,walaupun persandingan lewat namun raut wajah kedua-dua penggantin berseri-seri..Apa KOmen anda !!?

Julai 16, 2009

Akhil Hayy Bercerai Talak Satu, Maizawati Tampil Bersahaja


IPOH 15 Julai – Penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal sah bercerai talak satu selepas Akhil melafazkan talak di hadapan Hakim Mohd. Riduan Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari. Akhil, 40, kelihatan tenang melafazkan cerai terhadap Maizawati, 33, selepas kedua-dua bersetuju untuk berpisah secara baik. Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam juga dilihat bersahaja sebaik mendengar lafaz itu dan sempat memohon kemaafan daripada suaminya sebelum cerai dilafazkan. Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini. – Utusan

Zoom Comment : dah Satu Lagi artis kita bercerai...No comment korang la comment