Memaparkan catatan dengan label Mohd Ashraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mohd Ashraf. Papar semua catatan

Julai 20, 2011

Update : Gambar Sebenar Mohd Ashraf Hafiz Dan Komen Keluarga Beliau

Beberapa hari pasti anda terbaca dan terlihat cerita mengenai seorang jejaka bernama Mohd Ashraf hafiz yang mengemparkan Negara kerana ingin menukar jantina didalam kad pengenalan. Kalau yang dah tukar tu ZoOM akui ada ramai di dalam Negara kita ni. Namun kes Mohd Ashraf ini timbul kerana beliau ingin menukar nama didalam kad pengenalan beliau.

Dalam kes beliau sebelum ini, permohonan untuk menukar jantina didalam kad pengenalan ditolak oleh mahkamah kerana beberapa konteks yang lebih kepada penolakan permohonan.

Hari ini didalam akhbar suara hati ayah dan ibu beliau pula menjadi cerita di akhbar Metro Online, memang sedih terutamanya jika mengalaminya sendiri, dan berikut beberapa ayat-ayat yang keluar daripada orang yang membela Mohd Ashraf.

“Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya.
Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.