Memaparkan catatan dengan label Gambar Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Kahwin. Papar semua catatan

Julai 09, 2011

Perkahwinan Rini AF7 pada 17 Julai 2011


Setelah 7 tahun menjalinkan cinta bersama jejaka pilihan hati bernama Johanis Nordin ,29 seorang pendidik berasal daripada Lenggeng, Negeri Sembilan. Perkenalan bermula ketika mereka mengikuti pengajian di Uitm Melaka 7 tahun lalu.

Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bangi pada pukul 5 petang 16 Julai, dan majlis persandingan dipihak perempuan pada 17 Julai bermula 12 tengahhari sehingga 4 petang. Manakala majlis pihak lelaki diadakan pada 23hb Julai.


ZoOM : Semoga hari bahagia akan datang dan menjadi kenangan manis Rini, akhir sekali semoga berbahagia sehingga keakhir hayat
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 02, 2011

Azlan (The Typewritter) Kini Bergelar Suami !!!

ALhamdulillah..semoga pasangan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Azlan atau nama sebenar beliau Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.

Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.

Oktober 10, 2010

Terbaru : Gambar Kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor


Tahniah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah selamat melangsungkan majlis akad nikahnya pagi tadi. Sempatla layan bersama Isteri kisahnya di Rancangan Nona pukul 2 petang tadi di TV3 dan snap a few gambar yang menarik hati. Semoga Perkahwinan angkawasan negara ini bahagia dan kekal ke akhir hayat.