Memaparkan catatan dengan label Azri AF9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azri AF9. Papar semua catatan

Julai 07, 2011

Gossip Fina Mengatakan Azri dan Lena AF 9 Berkelakuan Tidak Senonoh

Boleh tahan juga gossip yang Fina AF9 cetuskan ni, namun persoalannya ada sesuatu yang tersembunyi kerana "Statement" yang berbeza daripada Fina..namun anda baca dan nilai lah sendiri.


STATEMENT SEBELUM PANAS :


Hip: Apakah benar Fina ternampak sesuatu seperti yang dinyatakan dalam beberapa gosip yang sama sebelum ini?

Fina:
Fina memang ada ternampak kejadian itu. Itupun secara tidak sengaja. Tapi ia tidaklah seperti yang dinyatakan dalam gosip ini. Cuma pada Fina, apa yang berlaku waktu itu memang tidak manis. Bagaimanapun, Fina simpan saja dalam hati dan tidak membocorkan pada sesiapa kecuali kakak Fina, Aida. Cuma pelik, tiba-tiba pihak produksi telefon Fina marah-marah dan bertanya kenapa Fina merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Bukan Fina mahu merahsiakan tetapi tidak mahu terbabit dalam perkara ini dan tak mahu persahabatan kami keruh jika perkara ini tersebar. Dalam pada berahsia itu tiba-tiba terbongkar juga, tapi versi cerita berbeza dan kebanyakannya menyalahkan Fina kerana menjadi puncanya.

STATEMENT SELEPAS PANAS :

“Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

Mei 25, 2011

Komen Nera AF9 Mengenai Gambar Berbikini di Pertandingan Miss Sabah

Gambar Konterversi Nera AF9
Belum pun sah menjadi artis kisah dan gambar Nera atau nama sebenarnya Queennera Francis Kitingon sudah diselubungi konterversi di dalam internet. Nera AF 9 ini menjelaskan gambar tersebut diambil ketika pertandingan Miss Sabah Earth Malaysia 2010. ( Kalau nak tengok gambar cuba search kat Google atau Yahoo search ).

Setelah terkeluar daripada AF9 kisah gambar yang telah pun tersebar luas sehinggakan menjadi cemuhan ramai pihak diluar sana. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebagai artis di Malaysia yang sudah pasti menjadi perhatian.

Namun gossip percintaan diantara beliau dan Azri AF9 turut menjadi perhatian peminat gossip dan Akademi Fantasia. Dan yang menarik cuba baca luahan artis baru keluaran Akademi Fantasia 9 ini :


"Kami agak rapat dan sering berkongsi masalah sejak menyertai AF9 dan dia juga telah berterus terang bahawa dia cintakan saya.