Memaparkan catatan dengan label Aziz Sattar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aziz Sattar. Papar semua catatan

Jun 28, 2012

Gossip Kunjungan Zed Zaidi Di Tolak Keluarga Datuk Aziz Sattar

ENTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Jun 19, 2012

Gossip Panas Datuk Aziz Sattar Dalam Proses Perceraian

Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.

"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.

"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan mereka