Mei 10, 2012

Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Daniel Jejaka Perancis


Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu.

"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.

"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.

Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada lelaki Eric.

Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam aspek kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.

Sumber : Mstar Online

ZoOM : Semoga hari bahagia itu akan tiba, dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dengan artis yang berkahwin dengan jejaka daripada negara lain. Apa-apa pun tidak semua isi jagung rosak (pepatah ZoOM je tau)


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!