Mei 09, 2012

Berita Semasa: Astro Oasis Dedah Cara Perangi Sihir

KUALA LUMPUR: Pakar perunding ilmu spiritual Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) menegaskan tidak gentar untuk berhujah mengenai senario ilmu sihir melalui program televisyen kerana merasakan ia wajar didedahkan kepada masyarakat.

Pak Engku, 60, berkata, walaupun ilmu sihir adalah sesuatu yang digeruni dan sensitif di kalangan masyarakat tetapi dia terpanggil untuk memberikan pendedahan berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal perubatan alternatif selama 42 tahun.

“Saya akui sihir bukan perkara main-main dan memang mencabar. Jarang ada pihak yang berani untuk berhujah atau memerangi perkara ini secara terbuka apatah lagi menerusi program televisyen.
“Namun, saya tidak ragu-ragu atau gentar untuk menentang sihir kerana ia adalah satu kerugian jika saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki ini untuk membantu masyarakat,” katanya kepada mStar Online.

Pak Engku berkata demikian selepas mengacarakan rakaman program terbaru berjudul Perangi Sihir (PS) di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil di sini, malam Isnin.

Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.

Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur.

“Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah.
Sumber 

ZoOM : Semoga ia akan menjadikan program ini sebagai iktibar jika ia membawa kebaikan, dan begitu juga sebaliknya
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!