Mei 10, 2012

Berita Semasa :Penjelasan PDRM – Ibu kandung kejam pukul bayi sedang jalani hukuman penjara 18 bulan

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Info : Link PDRM

ZOOM : Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..walaupun ia adalah kes lama namun ia membuatkan ramai pihak diluar sana tidak senang duduk melihat kekejaman si ibu yang tidak berperikemanusian.

APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!