Mac 27, 2012

Jawapan Rozita Che Wan Mengenai Gossip Ingin Kahwin Datuk

Nampaknya gossip Che Ta kita hanyalah omong/bualan kosong penulis berita dan blog sahaja, walaupun ia membuatkan kita tercari-cari dan tertanya-tanya siapakah gerangan Datuk tersebut. 


Akhirnya empunya diri tampil dengan jawapan berikut bagi menafikan gossip yang tersebar dek kerana si anak yang merajuk dan lari daripada rumah.


Jawapan Che Ta Kita :

“Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,”  
“Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk),” katanya.

Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh.

Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar.

Sumber : Mstar

ZoOM : Alahai budak-budak zaman sekarang suka sangat ikut perasaan, tanpa memikirkan kesan yang berlaku akibat perbuatan sesuka hati seringkali menghantui ibubapa di Malaysia.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!