Mac 12, 2012

Gossip Taiyuddin Bakar Besar Kepala Dan Tiada Disiplin


Entah betul ke tidak gossip ini, baru je dia nak melebarkan sayap di arena industri hiburan dah ada desas desus yang kurang enak didengar mengenai Taiyu. Kesian pun ada sebab ada je orang yang tidak suka dengan orang tengah naik ni. Maklumlah dia pun nak juga macam Taiyu tetapi bakat cukup-cukup makan je...buat bodoh je Taiyu...u can do it Bro....apa cer.....Celop la Der....apa-apa pun dibawah ni berita mengenai gossip keras kepala ni.....

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Hantu Bonceng, Taiyuddin Bakar atau Taiyu berkata dia berasa terkejut dengan dakwaan kononnya dia mula bersikap besar kepala dan mempunyai masalah disiplin akhir-akhir ini.

Terbaru, pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ini dikatakan sering hadir lewat ke sesi latihan pementasan teater muzikal Gerimis Mengundang yang kini berlangsung di Istana Budaya, di sini.

Taiyu yang mengakui isu kelewatan itu berkata, segala tuduhan yang menjejaskan namanya sebagai orang baru adalah sesuatu yang diperbesarkan daripada perkara yang sebenar.

“Saya akui ada beberapa kali lewat ke sesi latihan Gerimis Mengundang tetapi semuanya bersebab. Sebagai orang baru, takkan saya sengaja untuk bertindak begitu?

“Ia hanya perkara kecil yang terjadi pada mana-mana individu dalam industri ini tetapi bagi kes saya ia seolah diperbesarkan untuk menimbulkan masalah kepada karier saya,” katanya ketika ditemui pada latihan teater itu, di Istana Budaya, baru-baru ini.

Menjawab tuduhan kononnya dia mula berubah sikap selepas memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada November tahun lalu, Taiyu menepis sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai keterlaluan.

“Kenapa pula ada pihak yang menuduh saya mula bersikap besar kepala sedangkan perkara itu mengarut. Anda boleh tanya pada mana-mana produksi yang pernah saya bekerja bagaimana sikap saya ketika bekerja.

“Saya tahu tuduhan-tuduhan sebegini dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan saya. Saya sedang mengukuhkan bukti sebelum menghebahkan kepada khalayak mengenai sikap buruk pihak tersebut.

“Apabila tiba waktu yang sesuai selepas mendapatkan nasihat peguam, saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas,” katanya.

Terbaru, aksi Taiyu bersama barisan pelakon Kamal Adli, Ika Nabila dan Amanda Misbun boleh ditonton menerusi drama Apa Celop (arahan Ahmad Idham) yang disiarkan pada setiap Isnin pukul 9 malam di TV3 bermula 20 Februari lalu.

Info : Mstar OnlineJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!