Februari 22, 2012

Motor Naza NZ125R Terbaru Di Pasaran

 Naza Bikes Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA baru-baru ini telah melancarkan model motosikal kapcai terbaru Naza NZ125R. Bersesuaian dengan namanya, NZ125R dijana enjin bersesaran 125cc dengan gabungan kotak gear 4-kelajuan separuh-automatik. Motosikal terbaru di pasaran itu hadir dengan reka bentuk sporty dan ranggi untuk menarik perhatian golongan muda.

Dilengkapi penghidup tendang dan penghidup eletrik, salah satu ciri praktikalnya yang unik dan menarik perhatian ramai ialah kelengkapan soket eletrik 12V khusus untuk mengecas telefon bimbit atau pun unit sistem GPS. Bagi anda yang berminat dengan motosikal kapcai keluaran Naza Bikes ini, harga yang ditawarkan cukup kompetetif iaitu RM4,256.00 seunit (harga atas jalan).



Lagi Gambar Di Bawah :







ZoOM : Suka...sebab ada tempat nak caj bateri.. :)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!