Januari 12, 2012

Rumah Wardina Dimasuki Perompak Bertopeng

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot melalui mimpi ngeri apabila rumahnya dimasuki perompak bertopeng dalam kejadian awal pagi Khamis.

Wardina dalam entri Twitternya berkata, kira-kira tiga orang perompak memecah masuk rumahnya lalu memukul suaminya Ikhwan Johari sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuklah lima buah komputer riba dan juga telefon bimbit.

“Mereka seperti marah kerana tidak menemui barang kemas. Perompak itu memakai topeng, bertongkat dan juga memegang parang. Ia amat menakutkan,” katanya.

Menurut Wardina, dia berterima kasih kerana jiran-jirannya telah membantu akibat kejadian itu selain meminta orang ramai agar berwaspada.

Tiga anaknya iaitu Amna Nafeesa,9, Azra Sareena,6, dan Imran Arrazi,4, dilaporkan selamat tetapi berada dalam keadaan trauma.

Info : Mstar

ZoOM : Kesian dekat keluarga Wardina, perompak zaman sekarang ni pantang ada peluang je dia terjah. Terutamanya ketika masa perayaan semakin dekat. Semoga keluarga Wardina bersabar dengan dugaan yang datang, dan semogaaaaa perompak iti menerima balasan yang setimpal.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!