Disember 17, 2011

Masih Ada Perasan Cinta Di Hati Zul Ariffin Kepada Abby Abadi

Gambar Mesra Pasangan Ini Suatu Ketika Dulu

Seperti yang anda semua sedia maklum percintaan pasangan romantik ini telah putus ditengah jalan, dah penyebabnya masih menjadi tanda tanya bagi anda yang meminati ikon atau artis ini. JIka sebelum ini gambar mesra mereka sering menjadi bualan, tetapi kini semuanya hanya tinggal angan-angan kosong.

Namun jauh disudut hati si jejaka untuk melupakan terus bunga melur yang pernah mekar dihati selama 3 tahun membajak dan mengharumkan bunga bersama.

Semalam jejaka bernama Zul Ariffin telah ditemu ramah oleh wartawan dan berikut beberapa bait kata yang boleh dikatakan ingin berputik semula :

"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang
kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya.

"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," ujarnya kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, Zul menjawab ringkas. “mungkin...! <---- ADA PELUANG KE 2 ke ??

Zul juga mendedahkan dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya menerusi laman Facebook milik bekas kekasihnya itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca keretakan hubungan mereka, Zul enggan mengulas lanjut dan menyifatkan ia adalah perkara bersifat peribadi untuk dikongsi kepada umum.

"Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby malah dia adalah antara insan yang paling baik pernah saya temui selain daripada keluarga saya.

"Cuma saya sesalkan mengenai kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama," ujarnya.


ZoOm : Apa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!