Disember 31, 2011

Azam Baru Chef Wan Closed Facebook Account Bagi Mengelakkan Pergaduhan Dan Fitnah

Sempena tahun baru 2012 Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengambil tindakan yang mengejutkan kerana bermula esok 1/1/2012 akaun facebook milik beliau akan ditutup buat selama-lamanya bagi mengelakkan salah faham dan fitnah yang semakin kronik dalam  akaun Facebook beliau.

Berikut alasan beliau kenapa tindakan beliau menutup akaun yang menjadi perhatian terutamanya semenjak pertandingan Maharaja Lawak Mega berlangsung.
"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.
"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.
 
"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.


ZoOM : Jadi TAMAT..LAH SUDAH Perbalahan dan pertikaman ayat-ayat panas diakaun beliau..Mulakan tahun yang baru dengan akaun baru dan azam baru :). Apa PUla Kata Anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!