Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang
dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah
nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu
senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah
ini pun tak tahu lah.
Salah
abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing
syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas
subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je,
abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni.
Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta
isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.
Enjoylah
aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam
cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari
dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah
pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri
bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan
t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah
senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam
kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah.
Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan
enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat
dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang
pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau
yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau
niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”
Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk
bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
_________________________________ Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami
yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku
jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen
di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran
abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.”
Aiman
hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam
kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik
aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk
kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham
tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya
yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup
mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan
suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir
apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman
menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si
Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut
juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia
ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang
boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk
kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap.
Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah
lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak
reti masak!
Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita
sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu
suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa
bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan
mengangkat kening. Syahirah senyum.
_____________________________________ “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak
ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak
punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay
apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa.
Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.”
“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman
langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak
isterinya?
Huh,sejak
bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________ “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang
baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?”
“saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia
cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar
dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila
melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz
kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah
hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama
pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman
duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
__________________________________ Sudah dua hari Aiman di pondok agama
itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa
lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai
solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke?
Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah
kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan
sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata
Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang
sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum
tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur
sebelum tidur..”
Aiman
ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..”
Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa
berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu.
Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya.
Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.”
Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun
juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack
serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak
lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom
masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke
seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi
sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa
selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia
duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman
merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah
dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron
baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni.
itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas
di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih
lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak
best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual
mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ ..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin
membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku
padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari
seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je
Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau
selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi
saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita
aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti
hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar
azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah
dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda
pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku
masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum
dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter
pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada
tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum
paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita
try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia
nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim
je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar
slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.
Baju
dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah
S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26) “betul-betul.”
_________________________________________________ Aiman sibuk membuat
kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa
Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan
sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya
belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite
abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di
sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak
cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau
melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal
lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak
fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini
tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah
nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang
Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar
dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman
berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.”
Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala
talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu
masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang
ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. _____________________________
“Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur,
tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan
kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan
dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam
tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah
sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan Syahirah.
Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat
seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan
kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah,
tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi
makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..”
sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar.
Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya
melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam
je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil
nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut
mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau
saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak
faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah
berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman
senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”
Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata
isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba
abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan
along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada
kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman
menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.”
Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya.
Tipu
kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya
itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras
dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah
memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi
dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
_________________________ Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu
bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar
melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. –
Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau
kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman
senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
____________________________________ “Assalammualaikum, abi.” Aiman
menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa
ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.
Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima
kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya
seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana
seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala
pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,
abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan
uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur
alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami
balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________
“saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan
untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun
sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara
je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan
mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita
suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin
lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah
yang tahu derita bahagia ini.
Aiman
memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun
dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah
terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus
menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah
itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di
buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut.
Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan
dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga
semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman
di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa
tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm,
kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah
qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul
berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin
untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang
ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah
mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh
Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa
halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada
terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan
sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun
nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa
saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau
tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak
juga.” _____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam
porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil
plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari
kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah.
Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang
berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang
pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu
dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman
melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Aiman
cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah
menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman
terpisat-pisat bangun.
Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang
hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..”
Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh
memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang
membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”
Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu
membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…”
sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah
ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!”
herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba
meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!”
arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar
Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata
muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik.
Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang
menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya. Allah… ________________________________ Belajar DIAM
dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar
REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya
itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk
kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih
Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran
tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman
tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu
Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di
depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar
sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya
cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil
itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya
ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click
sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta
Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil.
Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun
setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba
kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak
pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang
solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari
biliknya.
Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.
Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________ Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. ______________________________
_____________
Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato.
Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia
tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu
saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata
isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di
bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat
juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat.
Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia
sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang
bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahua'lam...
Sumber : NurulChomel
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis