September 15, 2011

Kutipan Hantu Bonceng 8 Juta sehingga 11 September | Sinopsis Hantu Bonceng

Ini info terkini yang ZoOm baca mengenai kutipan terkini filem "Hantu Bonceng" arahan Ahmad Idham yang turut tercatat dalam sejarah perfileman negara kerana telah mencapai kutipan 8 Juta sehingga 11 September (sehingga hari ini 15/9/2011 belum diketahui).

Jumlah penonton yang mengunjungi pawagam diseluruh Negara untuk menonton filem ini dianggarkan sudah menghampiri sejuta kerana semenjak ditayangkan pada 31 ogos sehingga 4 sept 2011 penonton sudah menjangkau 500 ribu orang.


Menurut Ahmad idham lagi, meskipun Hantu Boncengadalah sebuah filem komedi ringan, namun ia masih lagi menyelitkan mesej berguna khususnya buat golongan remaja.


"Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara untuk pergi menonton beramai-ramai. Meskipun cerita komedi namun yang ia mempunyai mesej berguna buat remaja khususnya mat rempit agar menjauhi kegiatan tersebut," jelasnya lagi.

Masih lagi ditayangkan, Ahmad Idham menyeru agar peminat kaki wayang yang belum menonton, meluangkan masa untuk melihat sendiri hasil lakonan Zizan dan Juliana Evans.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini.
"Ia bukanlah sebuah cerita serius tapi filem tersebut dihasilkan untuk memberikan keceriaan kepada anda semasa musim raya ini," tuturnya filem tersebut merupakan hasil sentuhan ke-23nya.

Sinopsis Filem Hantu Bonceng :

Hantu Bonceng mengisahkan dua orang remaja bernama Amran dan Kunyit yang mengilai kegiatan merempit. Tidak disangka satu pelanggaran telah berlaku selepas Amran menyertai perlumbaan haram yang mana dia menerima habuan seorang wanita jelita bernama Maya.

Akibat perlanggaran tersebut Maya mati ditempat kejadian dan rohnya sentiasa menghantui Amran. Perkara tersebut membuatkan Amran insaf dan berusaha untuk membuang badi Maya yang sentiasa menganggu hidupnya. Hantu Bonceng 5 Juta Dalam Masa 5 Hari Tayangan
Hantu Bonceng dibintangi oleh Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Taiyuddin Bakar , Zahid AF dan ramai lagi.

ZoOM : Untuk makluman ZoOm dah menonton filem ini, walaupun ada beberapa slot yang menimbulkan konterversi dalam filem ini, namun ada juga terselit beberapa adegan yang bertujuan menyedarkan penonton terutamanya "Mat Rempit".
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!