KL Downtown Night Market adalah bazaar perniagaan yang berkonsepkan pusat perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden dan inovatif. KL Downtown Night Market menawarkan ruang niaga pelbagai jenis produk perniagaan seperti barangan kraftangan, hak hasil cipta, pakaian lelaki / wanita, eksesori penampilan diri, hiasan rumah, barangan kanak-kanak,alat ganti kereta, barangan mainan dan sebagainya.
Maps Downtown Cheras
ZoOM Story :
Semalam ( 9 Mei 2011 ) bersamaan hari Isnin, ZoOm dan kawan-kawan seperjuangan berkonvoi dan bersatu hati ingin mencari punca rezeki baru. Lebih kurang pukul 10.00 malam ZoOM dan keluarga sampai
ke Uptown Kelana Jaya yakni tempat biasa ZoOM dan kawan-kawan mencari rezeki.
Dek kerana Pihak pengurusan yang lembab dan tidak profesional menyebabkan ramai diantara peniaga mencari inisiatif baru untuk mengurangkan beban membayar sewa yang mencekik darah di UPTOWN KELANA JAYA.
Semalam merupakan hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya ZoOM dan kawan-kawan akan berniaga di Downtowan Cheras KL bermula minggu depan ( 16 Mei 2011 ). Walaupun niat dihati hanya sekadar melihat kemeriahan Downtown Cheras namun terdetik juga perasaan ingin mencari rezeki ditempat yang tidak asing lagi bagi pengunjung pada larut malam.
Namun masalah utama yang ada di Downtown ini adalah parking sebab disini tidak menyediakan parking khas untuk pengunjung. Pandai-pandailah anda mencari parking ( Jangan Kena Saman Dah ), namun menurut info parking bertingkat sedang dalam pembinaan. Memang menakjubkan bukan Downtown ini ? lengkap dan sempurna dengan aneka jualan, kawasan makan yang disediakan sudah pasti membuatkan anda ingin datang ke sini.
Pemuzik Jalanan membuat persembahan
Akhir kata dan penutup post ZoOM mengenai Downtown ni, Jika datang jangan segan-segan melawat Kedai ZoOM di Lot 377.
ZOoM : Apa KOmen Anda Mengenai DOwntown atau Uptown ni ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!