April 13, 2011

Program Kilauan Emas di Astro

Suhaimi dan Nora sebagai Pengacara Tetap Program ini

Program ini akan keudara bermula 24 Jun 2011 disaluran Astro 105 secara rakaman dan sudah pasti mengamit keadaan kerana jika sebelumini kita pernah mendengar dan menonton program hiburan Idola kecil. Dan kini golongan peserta berumur 45 tahun ke atas berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam rancangan ini.


Pencarian peserta akan bermula di empat buah negeri iaitu Skudai Parade, Johor Baru pada 7 dan 8 Mei, Berjaya Megamall, Kuantan (14 & 15 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (21 & 22 Mei) dan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (28 & 29 Mei).
Empat peserta yang berjaya ke peringkat akhir bakal merebut hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dalam program yang dihoskan oleh pengacara Raja Azura itu.
Mereka yang berminat mestilah warganegara Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil paras pinggang).

Para peserta harus menyanyikan salah satu lagu wajib iaitu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dendangan Ramlah Ram, Di Persimpangan Dilema(Nora), Seri Dewi Malam(Sharifah Aini), Gerhana (Kembara), Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim).
Selain itu, lagu Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta(Sohaimi Mior Hassan), Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sejati(Wings) dan Widuri (Broery Marantika).

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!