Mac 04, 2011

Gossip Fazura Buat Pembedahan Payu Dara !!?

Iskkk Iskkk Macam-macam cara nak menjatuhkan orang,  mangsa terbaru Fazura yang digossipkan dilaman web dan forum mengatakan beliau telah membuat pembedahan payu dara ( Silikon ). Memang laser orang tu, kepada Fazura teruskan perjuanganmu dan jangan pandang belakang, berani kerana benar takut kerana salah. WELL DONE... !! berikut "Statement" beliau ketika menjawap gossip melampau dan belum diketahui kesahihannya.


KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura Sharifuddin (Fazura), 28, Khamis tampil membuat penjelasan berhubung desas desus dalam beberapa ruangan gosip baru-baru ini mengatakan dia melakukan pembedahan payu dara sehingga silikon yang dimasukkan itu pecah.
Fazura berkata, dakwaan yang mengatakan dia sedang dirawat di Hospital Serdang kerana masalah tersebut adalah tidak benar sama sekali.


"Saya tidak faham mengapa orang ingin mereka-reka cerita yang tidak benar dan saya hanya ketawa apabila mengetahui pihak itu bercerita mengenai diri saya."Perkara tersebut nyata khabar angin semata-mata dan ia jelas bertujuan
menjatuhkan kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi terbaru keluaran Avon, Herve Leger, di sini, Khamis.Dia bagaimanapun enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut dan memaafkan pihak yang menyebarkan fitnah itu."Ada perkara lebih penting yang harus saya beri tumpuan dan bukannya melayan cerita yang tidak benar mengenai diri saya," katanya yang telah pun menyambung kontrak sebagai jurucakap Avon selama setahun.Ditanya adakah dia tahu siapa yang menyebarkan fitnah tersebut di Internet, Fazura berkata, dia tidak berani menuduh mana-mana pihak yang menjadi dalang dalam perkara berkenaan."Saya percaya pihak yang menabur fitnah itu akan menerima akibatnya. Saya tidak risau mengenai perkara itu," ujarnya.


ZOom : APa pula kata anda di ZoOmartis Dot Net @ FAcebook ?