Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.
Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”
Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.
Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11
ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!?