Januari 12, 2011

Gossip Album Marsha Ditaja Ahli Perniagaan !!

Marsha dikatakan ditaja oleh seseorang dalam penghasilan album EF pertaman belliau yang bertajuk Yang Pertama.Mungkin ramai yang memandan serong dengan beliau, dan bagi menjernihkan keadaan beliau tampil dengan jawapan ini apabila ditanya wartawan Mstar Online

"Album ini hasil titik peluh saya sendiri tiada tajaan daripada kekasih atau orang lain. Sejak keluar dari Maestro Records saya rasakan perlu bekerja keras untuk terbitkan album sendiri.



"Ia bukan semudah yang disangka, saya terpaksa korbankan hasrat membeli kereta dan barang-barang mewah semata-mata untuk mengumpul modal ini," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Album Yang Pertama, di Restoran Alexis, Selasa.


Bagaimanapun Marsha tidak menafikan ahli perniagaan berkenaan menjadi sumber inspirasinya ketika menghasilkan lagu dalam album tersebut.


"Ya, dia sedikit sebanyak sumber inspirasi kepada saya. Dia banyak beri nasihat dari segi bisnes sebab dia dari bidang tersebut.


ZoOm : Apa kata anda ?