Januari 15, 2011

Gelaran " DATUK " artis tidak diiktiraf !!?

Daripada petikan akhbar hari ini

Datuk Sulu artis tidak diiktiraf
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Sehari selepas negara dikejutkan dengan pendedahan gelaran 'Datuk' palsu, dunia hiburan pula kecoh gara-gara beberapa artis menerima gelaran Datuk Sulu yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Walaupun gelaran Datuk Sulu diberi bukan dibeli daripada Kesultanan Borneo Ke-11, tindakan penerimanya menggunakan 'Datuk' tetap dipandang serong.

Mereka yang menerima gelaran tersebut antaranya Azizul Khamis, Salwa Abdul Rahman, Sheqal, L. Ramli, Jeffry Din dan pelawak, Mat Zain.

Bagaimanapun, Jeffry Din juga menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena ulang tahun beliau yang ke-72, tahun lalu.

HARI NIE AHMAD TARMIMI SIREGAR DPT DATO' SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP BESAR NEGERI SEMBILAN.. TAHNIAH

Zoom: Apa kata anda?