Januari 25, 2011

Fasha Sandha Dan Jejai Putus Cinta !!

Kesian...itu jer yang mampu ZoOm katakan dan cuba lagi untuk mencari seseorang yang sesuai dengan anda. Kecoh satu Malaysia mengenai gossip Fasha dan Jejai yakni bekas kekasihnya yang terpampang didada akhbar Metro hari ini. Bukan calang-calang sebab cerita panas ini didepan akhbar yang ada didepan mata ZoOm malah tajuk dia pun " Anggap Perpisahan Suratan Takdir".

Menurut Jejai, Nora Danish tidak mempunyai kaitan beliau memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya iaitu Fasha Sandha. Nampaknya Fasha Sandha kena tukar status "SINGLE" lah lepas ni. Tak pe ramai lagi abang-abang hendsome diluar sana...Apa-apa pun baca je sedikit "Statement" daripada akhbar Metro mengenai pasangan ini..


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Gambar kenangan ketika Fasha Dan Jejai bercinta :




ZoOm : Apa Kata Anda ?