Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
ZoOm : Tetapi ZoOm Tahu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diterima oleh Ariel yang hanya dikenakan hukuman penjara 3 Tahun 6 Bulan. Kalau ini terjadi di Malaysia
berapakah tahunkan hukuman yang sesuai bagi si pesalah dan si PELAKU !!