Sayangku Mimi,
Cantik tak tulisan i? Sori kalau tak. I mmg tak biasa tulis guna pen dakwat basah.
I hope u tak terkejut dpt surat i. I mmg nak sangat cakap kat u, tapi u dah tukar nombor.
Kalau i bagi emel, confirm masuk spam punya. I tau u nak ignore i,
tapi at least pls bagi i peluang utk meluahkan perasaan buat kali terakhir.
Lepas ni i janji i takkan call u, kacau u, buat2 lalu kat depan u atau poke u dekat facebook lagi.
Janji.Sumpah. Kalau i tipu, nanti perut i buncit.
I nak u tau yg i betul2 bahagia bila i dgn u. Bila 1st time kita dating,
i rasa kita mcm boleh masuk jugak la. Ingatkan mula2 nak jadikan u stok geli-geli aje.
Tak sangka, cinta i terhadap u bukan setakat utk memenuhi naluri ingin membiak i.
Bila i puji2 u melangit, u selalu cakap i suka tipu. Memanglah i tipu. Nak buat camane?
Dah mmg takde perkataan kat dunia ni yg boleh describe betapa specialnya u bagi i.
Faham tak, my pancake?
Tiba2 plak, i dpt tahu yg u ada jumpa2 si mamat Fakerrr oooppsss Fakhris tu.
I bengang gila tau! I maki dia kau2. Hati comel i ni pedih u know?? mcm banyak sgt asid.
Hingga mampu menukarkan larutan fenolftalein dari tidak berwarna kepada merah jambu.
Hari tu, kat dlm Putera LRT i asyik ingat u aje. I carik apa salah i selama ni.
Minah2 yg jeling2 kat i, i buat bodoh je. Heyy, i hanya pandang stok awek2 Taman Tun aje..
Apa kelas u allni?? I tunduk pandang lantai all the way. Sedar2 je dah sampai Kelana Jaya.
??!! Tengok u punya pasal i dah salah platform! I nak turun Ampang Park,
tak pasal2 kena patah balik.
Lepas kejadian tu, i tried to move on... I ada keluar2 ngan Naimah.
Dia tak setanding u okaaayyy.....pastu Iera, Dyana, Firda, Khamisah dan berbelas2
org yg add i kat frenster. Tak jadi apa. Diorang tu bapak plastik gilaa!!
Diorang tak habis2 kagum dgn slip gaji dan buku ASB i.
Langsung tak mahu tanya pendirian i dlm isu nuklear Iran.
I appreciate apa yg u korbankan utk i. Bila i ada masalah, u ambik berat gila2.
I fikir nak syg u sampai mati. Nak jaga u, protect u, lipat kain utk u.
Sampai satu tahap i even rasa nak beranak utk u. Malangnya, body Chuck Norris i takde tiub Fallopio
. I tak marah kalau u terus terang, cakap kat muka i, yg u dah taknak ape2 ngan i.
Cakap apa salah i, mana yg i boleh improve i improve. Ni tak, u kutuk i, u buat benda2
ngan Fakhrul eh Fairul? Ahh...apa2 la nama mamat tu, behind my sexy back...
I ni lelaki! Ada ego dan pride. Ada urge to protect. Ada rasa syg kat perempuan cantik.
Ada bulu dada. Jgn cabar kelakian i! Kalau perlu i bertumbuk dgn mamat Fazrin tu, i tak takut.
Suruh dia cakap bila dan dimana. I datang. Oklah, i tunggu your reply.
Dah, i dah tak tahu nak tulis ape. Gossip Girls pun dah nak start. Daaa....
Your Sirap Bandung, Gajuman |