November 05, 2010

Salih Yaccob Buat Album Selepas 16 tahun

Tahniah Abang Salih...nampaknya beliau maju setapak lagi dalam arena hiburan di Malaysia. Tanggungjawap sebagai ketua keluarga sudah tentu menjadi keutamaan abang salih. Kami di Zoomartis sentiasa mendoakan kejayaan abang Salih. Berikut "Statement" yang sempat ZoOm petik dari akhbar online.



Seiring dengan usianya selama 30 tahun dalam industri seni ini, Salih menantikan kemunculan album edaran Luncai Emas yang melibatkan lima komposer tersohor termasuk Adnan Abu Hassan, M. Nasir dan A. Ali.


“Saya akan melancarkan album terbaru ini pada bulan Disember tahun ini. Lagu-lagu tersebut akan dirakamkan pada bulan ini,” katanya.