Kesian...baru nak menapak di arena hiburan di Malaysia dah ada gossip..apa pun baca jelah gossip dari berita harian online hari ni...
Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad memegang watak Shruti dalam Appalam, versi Tamil yang diadaptasi daripada filem Papadom, arahan Afdlin Shauki, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Justeru, sehari sebelum Appalam menemui penonton pada 25 November lalu,
Zubir menerima kiriman e-mel foto panasnya. Justeru, Ilya yang memainkan kembali watak yang pernah dilakonkan Liyana Jasmay dalam Papadom menghubungi Zubir selepas dia melihat sendiri gambar berkenaan menerusi e-mel yang Zubir kirimkan kepadanya. “Saya mengaku, itu gambar lama kira-kira dua tahun lalu ketika saya masih bersama bekas teman lelaki. Sekarang, nama saya baru nak naik, tak sangka ada pihak yang dengki menggunakan kesempatan gambar lama itu untuk disebarkan kepada pihak wartawan.
“Saya tahu siapa dalang yang bertanggungjawab, dia mungkin bekas teman lelaki saya, namun saya tak pasti dan tak berani membuat tuduhan melulu. Yang jelas, pihak tidak bertanggung jawab itu memang berniat jahat menghancurkan masa depan saya di bidang lakonan, tapi saya pasrah. Rezeki ditentukan Tuhan.
“Saya merayu, pihak berkenaan tidak terus mengganggu hidup saya, lagipun saya sudah bertunang dan akan berkahwin tahun depan. Segala kesilapan masa silam, saya akui dan minta maaf. Saya berjanji, perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi,” kata Ilya dalam nada kesal.
Nasihat Zubir kepada artis baru, berhati-hatilah dengan sejarah silam anda kerana ada pihak yang sentiasa menanti peluang membuka pekung di dada.