Oktober 19, 2010

News : Kabinet lulus polisi gaji minimum - Subramaniam

Sekadar Hiasan 

Alhamdulillah..Kalau betullah gaji minimum dilaksanakan sudah tentu beban keluarga akan berkurangan. Hari demi hari keperluan pengguna semakin membebankan penggguna. Dengan adanya tindakan dan kenaikan gaji ini akan dapat meringankan beban.Berikut Zoom sertakan berita daripada utusan mengenai isu ini.


PETALING JAYA 19 Okt. - Kabinet telah memberi kelulusan kepada Kementerian Sumber Manusia melaksanakan polisi gaji minimum menerusi Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian akan menggubal akta baru untuk membolehkan majlis tersebut ditubuhkan bagi penetapan kadar dan mekanisme gaji minimum.
"Sebarang keputusan pada masa depan dan pelaksanaan (gaji minimum) akan dilakukan menerusi majlis itu berdasarkan kuasa yang diperuntukkan melalui akta baru, yang bakal dibentang di Parlimen pada sesi akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan dan pameran Pembangunan Sumber Manysia Berhad 2010 di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2010 di Parlimen Jumaat lepas, mengumumkan penubuhan majlis itu, yang akan menjadi patform utama penentuan gaji di negara ini.
Beliau berkata, Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dianggotai wakil majikan, kesatuan sekerja, pekerja tanpa kesatuan, agensi kerajaan, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan. - Bernama