- Umie Aida
- Rozita Che Wan
- Nanu Baharuddin
- Norish Karman
- Noniswara
- Nasha Aziz
- Erra Fazira
- Zahida Rafik
- Ifa Raziah
SITI gembira apabila mendengar khabar pengarah Dr. Mahadi J. Murat mahu memilemkan kisah jatuh bangun usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati. Siti gembira kerana Dr. Mahadi dulu yang mengusulkan idea penerbitan filem ini. Kalau idea ini dibawa oleh pengarah atau produser hampas, ketokohan Sosilawati juga pasti terjejas.
Syukur juga kerana anak-anak dan keluarga Sosilawati pada dasarnya setuju dengan perancangan filem ini. Sosilawati mempunyai hidup yang penuh warna, berkais dari bawah, merentasi relung dagang yang berliku. Ini sudah cukup menarik bagi filem ini.
Siti tak kisah kalau Dr. Mahadi mahu menjadikan filem ini sebuah biopic (filem biografi) tentang Sosilawati atau menyuntik elemen fiksyen dan dramatik, yang penting Sosilawati harus menjadi penunjuk jejak kepada sekian banyak wanita negara ini. Legasi Sosilawati tidak terhenti dengan tragedi ngeri kematiannya bersama tiga orang lagi sebulan lalu.
Siti cukup yakin dengan keseriusan Dr. Mahadi, seorang ahli akademik dan pengarah filem yang telah terpampang hasilnya. Tapi biasalah nama Dr. Mahadi tak sepopular beberapa pengarah kacang rebus yang kita ada. Dr. Mahadi kena berkerja jadi pensyarah kerana produser kacang rebus hanya pilih pengarah kacang rebus saja.
Usaha penerbitan filem ini mesti disokong. Syarikat korporat pun bila diminta menjadi penaja perlulah melihat sumbangan sosial melampaui pulangan dagang dalam soal ini. Tapi penerbitan filem ini jangan minta duit dana filem, gerenti tak dapat. Jadi, biarlah dana filem membiayai filem-filem yang sama selera dengan jawatankuasa dana itu saja.

ZOom : Siapa Pilihan Anda ?