Oktober 19, 2010

Cerita Lawak : 10 ribu gadis menongeng

KUALA LUMPUR: Pernikahan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos hari ini telah menyebabkan lebih 10 ribu anak gadis Malaysia frust menonggeng. Ini berikutan mereka kecewa jejaka tampan idaman mereka tidak lagi berstatus bujang. Ada di antara anak-anak gadis ini yang berlinang air mata semasa menyaksikan majlis akad nikah buah hati mereka ini secara langsung di kaca tv.

Menurut Mak Peah, anak perempuannya menangis teresak-esak tak berhenti selepas mendengar berita bahawa angkasawan kacak negara akan berkahwin pada tarikh keramat 10 Oktober 2010. Dia bertekad tidak mahu makan walaupun puas dipujuk oleh Mak Peah. Usaha memujuk anaknya untuk mengalas perut hanya berhasil selepas dia memesan set Pizza Hut delivery yang paling mahal.

Selain itu, terdapat juga kes di mana seorang remaja 18 tahun memecahkan televisyen yang baru dibeli ayahnya kerana tidak dapat menerima berita pernikahan itu. Akibatnya remaja tersebut dirotan ayahnya di kepala sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengingati namanya sendiri.

Justeru itu Perdana Menteri menyarankan agar semua gadis tanah air bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi. Pihak polis juga diarahkan supaya berjaga-jaga sekiranya terdapat pertubuhan anak-anak gadis ini yang melancarkan mogok lapar secara besar-besaran.



Credit : Cari