Kalau anda pergi ke Laguna Park yang terletak di Pelabuhan Klang, jangan sekali-kali melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam serta menjamu selera di Restoran Selera Nelayan yang terletak di Pier 1, Laguna Park, Pulau Indah, Pelabuhan Barat.
Berlatarbelakangkan Selat Lumut yang damai, selera anda pastinya terbuka apabila menikmati sajian istimewa Selera Nelayan yang bukan sahaja enak malah dihasilkan menggunakan makanan laut segar yang terpilih.
Menurut pengusaha restoran tersebut, Abd Malek Sayuti, Selera Nelayan mula beroperasi sejak Ogos 2008 dan sehingga kini telah membina reputasi yang cukup baik di kalangan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
"Istimewanya restoran ini adalah makanan yang dihidangkan dijaga kualitinya. Ini termasuklah dihidangkan ketika masih panas serta bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan segar. Hanya ikan, udang, ketam dan sotong segar sahaja digunakan.
"Jenis masakan pula terpulang kepada citarasa pelanggan. Selain itu pemandangan yang indah terutamanya ketika senja membuatkan Selera Nelayan lebih istimewa. Malah pada musim-musim tertentu pelanggan di sini berpeluang melihat para nelayan yang baru pulang daripada menangkap ikan," jelasnya ceria.
Menurutnya, menu yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Ketam Goreng Cili, Ikan Cencaru Bakar Sambal Petai, Bawal Stim Cendawan, Tomyam Seafood dan Kerabu Tiga Rasa. Tidak ketinggalan Nasi Goreng Laguna, Kailan Goreng Bersos Tiram, Ayam Kicap Ala Thai, Nasi Goreng Kerabu, Sup Tulang Cendawan, Kuey Tiew Hong Kong, Daging Goreng Kailan serta Kerabu Sotong.
Tambahnya di Selera Nelayan, pihaknya sangat mementingkan kepuasan serta keselesaan pelanggan. Oleh sebab itu, Selera Nelayan menawarkan harga yang berpatutan untuk setiap hidangan.
"Kalau pelanggan datang ke sini pada hari Jumaat sebelah malam, akan diadakan persembahan 'live band'. Malah pelanggan yang mahu menyanyi juga boleh menyumbangkan suara. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula jam 5 petang dan berakhir pada jam 3 pagi," katanya yang sehingga kini mempunyai 12 orang pekerja tetap.
Tambah menarik, selain menghidangkan pelbagai makanan yang lazat dan berkualiti, Selera Nelayan juga menyediakan bermacam kemudahan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Antaranya, kemudahan memancing, taman permainan kanak-kanak, laluan joging, tempat rekreasi, surau, tandas awam serta tempat meletakkan kenderaan yang luas.
Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 1,000 orang pengunjung pada satu-satu masa, Selera Nelayan bersedia menerima tempahan untuk majlis jamuan korporat, majlis perkahwinan, hari keluarga, majlis hari jadi dan sebagainya.
"Jika ada mana-mana pihak yang mahu mengadakan sebarang majlis di sini, dekorasi restoran akan diubah mengikut majlis. Malah kalau mereka berminat untuk berkaraoke, pihak kami menyediakan pentas khas untuk berhibur sambil ditemani DJ bertugas," tambahnya.