Ogos 16, 2010

Memey Dah Ada Kekasih Baru !!!!

Tapi itu yang Zoom baca di ruangan Berita Harian, entah betul ke tak sama-sama kita tungggu sebab sebelum ini pun kecoh sebab pasangan ni menunda tarikh perkahwinan mereka.Apa pun baca je la serba sedikit cerita yang Zoom ambil dari ruangan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed dari berita harian. 2010/08/15




Seorang teman Raja terkejut melihat Memey bersama jejaka kacak yang dipercayai bekerja di syarikat minyak dan gas. Melihat kemesraan mereka sambil berpegangan tangan menimbulkan tanya tanda, adakah Memey sudah meninggalkan Norman? Jadi, betullah khabar angin yang bertiup kencang, hubungan Memey dan Norman sudah bernokhtah! Apapun, sukar meneka pergolakan mereka, hanya empunya diri lebih mengetahuinya."Aku lihat dengan mata kepala sendiri, Memey keluar dengan lelaki itu. Lelaki tu teman baik kawan aku. Manja saja gayanya, berjalan pun berpimpin tangan. Bukan sekali dua melihat mereka, kerap jugalah. Aku tidaklah bertanya apa, tapi melihat gaya mereka aku dapat agak mereka sedang dilamun cinta," kata sumber itu kepada Raja.



Sayang, hubungan yang hampir dua tahun berlarutan, Memey dan Norman menempuh pelbagai onak duri, tetapi akhirnya hubungan mereka mungkin akan terlerai begitu saja. Perbicaraan kes khalwat mereka juga belum selesai, tetapi nampaknya hubungan mereka yang selesai terlebih dulu. Susah meneka hati manusia, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Zoom: Apa kata anda ?